KUALA LUMPUR - Sinar Harian menemubual secara esklusif bersama Presiden
Cuepacs; Datuk Omar Osman berhubung isu menangguhkan pelaksanaan sistem
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi
semalam (12 Januari 2012).
Datuk Omar menjelaskan beberapa isu
sebab dan antara punca rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar
kakitangan awam dan meminta jangan menyalahkan Cuepacs semata-mata
kerana pihaknya tidak ada kena mengena dengan perancangan sistem ini.