Jumaat, 13 Januari 2012

Tangguh SBPA, jangan hanya tuding jari pada Cuepacs


KUALA LUMPUR - Sinar Harian menemubual secara esklusif bersama Presiden Cuepacs; Datuk Omar Osman berhubung isu menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi semalam (12 Januari 2012).

Datuk Omar menjelaskan beberapa isu sebab dan antara punca rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam dan meminta jangan menyalahkan Cuepacs semata-mata kerana pihaknya tidak ada kena mengena dengan perancangan sistem ini.